Dulu Kita Dengar Ayat ‘Apa Khabar Semua’ Dari Mantan PM, TSMY Tapi Berbeza Sedikit Dengan PM 9 Kita Ismail Sabri (Video)

Siaran langsung ucapan ‘sulung’ Perdana Menteri yang ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia sebagai tunjang dalam ucapan perdana hari ini. Jika sebelum ini kita selalu dengar ayat yang dikeluarkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ‘Apa Khabar Semua’. Jika anda rujuk kepada video dibawah anda pasti tahu. Perdana Menteri Guna Istilah #KeluargaMalaysia Merujuk Rakyat Malaysia Dalam Ucapan Sulungnya Ismail Sabri dalam ucapannya menggunakan istilah #KeluargaMalaysia merujuk kepada situasi getir rakyat Malaysia dalam pandemik Covid-19 yang melanda negara. Semua ahli Dewan Rakyat sama ada di dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semua keadaan negara. “Marilah kita dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan. Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita iaitu Keluarga Malaysia,” tambahnya lagi. Dalam pendekatan ini, beliau turut bersama-sama rasa bebanan yang dipikul oleh rakyat tambahan lagi yang kehilangan pekerjaan pada waktu getir ini. Katanya, beliau juga pernah merasainya suatu ketika dahulu kerana ayahnya bukan dari kalangan orang yang senang. Oleh itu, konsep Keluarga Malaysia ini diambil kerana bagi beliau keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga. Tawar ruang buat pembangkang anggotai MPN, JKMC Gambar fail, Ismail Sabri Yaakob. FOTO Bernama. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini menawarkan ruang kepada kepemimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 (JKMC). Tawaran itu dibuat secara terbuka menerusi ucapannya sebagai Perdana Menteri Ke-9 yang disiarkan secara langsung pada 5.30 petang. “Bersama dengan kerajaan ini saya akan menyediakan pasukan pentadbiran yang akan berkhidmat membantu negara agar segera keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi. “Saya berikrar menghasilkan yang terbaik demi membuktikan kepercayaan rakyat kepada pasukan saya tidak dipersiakan,” katanya. Untuk tujuan itu Ismail Sabri berkata, kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan dan itu termasuklah mewujudkan kerjasama rentas parti. Katanya, ia juga selaras titah Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam perjumpaan bersama ketua-ketua parti baru-baru ini, yang mahu semua pihak melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat. “Kesemua pihak sepatutnya sedia bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan semula suasana. Dalam erti kata lain, kita perlu mendakap erat prinsip kebersamaan. “Dengan hanya berbaki 21 bulan sebelum PRU-15, negara melalui dua peralihan kerajaan dan dua Perdana Menteri. Sebenarnya, peralihan ini dalam tempoh sepenggal adalah landskap politik yang merugikan rakyat dan negara. “Marilah kita bergerak ke hadapan. Kita leraikan segala perebutan kuasa politik. Kita bersama-sama berjuang sebagai sebuah keluarga besar yang merangkumi penjawat awam, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri dalam memperbaik, merawat dan memulihkan semula tanah air ini,” katanya. Ahli Parlimen Bera itu turut memaklumkan pasukan pentadbiran cemerlang tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama semua pihak dan berharap kerjasama daripada seluruh pentadbiran yang didukung oleh penjawat awam selaku tulang belakang pentadbiran negara. “Marilah kita bersama-sama sebagai Keluarga Malaysia, mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup yang pernah dikecapi suatu ketika dulu. “Saya membulat tekad, bekerja bersama rakyat!,” katanya
Previous Post Next Post