VIDEO - "Ayam Nak Isi, Jangan Tipu ... " Pelanggan Tulis Nota, Jawanpan Balas Kedai Ini Memang "WIN"

 

Aplikasi pembelian makanan dan minuman secara online delivery atau atas talian menjadi medium pilihan ramai terutamanya di musim Covid-19.

Bukan sahaja memudahkan pengguna, pesanan juga sampai dalam tempoh singkat tanpa perlu bersusah payah keluar dari rumah. Namun begitu, terdapat juga kes makanan yang sampai tidak sama dengan apa yang dipromosikan.

Bagi mengelakkan kejadian itu berlaku, seorang pemuda telah berkongsi sebuah video menunjukkan nota yang ditulisnya di dalam aplikasi Foodpanda ketika memesan makanan dari sebuah restoran.

”Ayam nak isi, jangan tipu…”

Gambar: Tiktok @adamsingle96

Tetapi apa yang menghiburkan, pemuda ini tidak menyangka pemilik kedai membalas semula dengan menulis nota di atas bekas makanan tersebut.

Jawapan yang diberikan telah mencuri tumpuan ramai sehingga meraih lebih 100 ribu tontonan oleh warganet.

“Sumpah ayam dada habis, Wallahi…”

Gambar: Tiktok @adamsingle96

Meninjau ke ruangan komen, warganet dilihat terhibur dengan maklum balas yang diberikan oleh pihak kedai. Malah, ada yang berkongsi pengalaman sama apabila meletakkan nota pesanan khas semasa membeli makanan.

“Saya pernah request nak isi ayam je, tak ada stok. Dia bagi free cendol…”

”Saya kalau letak taugeh, saya hantar balik..”


“Dah biasa dapat request macam ni, kadang-kadang ada yang typo, nak..”

”Aku pun kadang rasa nak reply macam tu dekat customer..”

”Bertuah kedai tu reply, tempat lain sumpah seranah dan memang tak layan..”

Tonton video di sini:





@adamsingle96

Tf"" #fyp #fypシ #foodpandamalaysia

♬ original sound - Adamsinglee - Mamukening🤭
Previous Post Next Post